Anda di sini

Celcom Xpax tawarkan kebebasan, fleksibiliti untuk melayari Internet

KUCHING: Celcom Xpax menawarkan pelanggan dengan kebebasan dan fleksibiliti untuk melayari Internet mengikut keperluan masing-masing.

Bermula semalam, pihak Celcom Xpax menawarkan pelanggan prabayar dengan satu jam Internet tanpa had PERCUMA apabila mereka melanggan pas Internet  Ultra Pass™ mingguan dan bulanan bermula daripada RM10.

Dengan satu jam Internet tanpa had, pelanggan tidak perlu bimbang untuk menonton satu demi satu video, bermain permainan mudah alih atau apa jua yang mereka gemari di atas talian.

Internet tanpa had percuma itu boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life pada bila-bila masa mereka memerlukan Internet pada siang hari.

Selain itu, pelanggan yang melanggan Ultra Pass™ juga akan menerima sehingga 15GB Internet berkelajuan tinggi, YouTube percuma tanpa had (1 pagi hingga 7 pagi) selain akses VIP iflix.

Bagi pelanggan yang inginkan fleksibiliti untuk menggunakan Internet mengikut jam dan mengikut keperluan, mereka boleh melanggan Ultra Hour Pass™, iaitu pas Internet mengikut jam yang terdiri daripada pas 1 jam, 3 jam, 12 jam dan 24 jam.

Bermula serendah RM1 setiap jam, pas Internet tersebut direka untuk pelanggan yang ingin mengawal perbelanjaan Internet mereka mengikut keperluan yang berubah dan dinamik.

Pelanggan prabayar Celcom Xpax juga akan menikmati 10GB Internet berkelajuan tinggi untuk Facebook, Instagram dan Games Walla™ setiap bulan bagi memenuhi keperluan mereka untuk sosial dan permainan.

Dengan rangkaian 4G LTE Celcom yang menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.

Pelanggan Celcom Xpax mempunyai keyakinan bahawa ia merupakan satu-satunya pelan prabayar yang mereka perlukan bagi pengalaman bermain dan menonton video terbaik bersama rangkaian 4G LTE terbaik di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my/xpax