Anda di sini

BDA giat tangani masalah banjir kilat

Advertisement
 Para pekerja menjalankan kerja pembersihan parit di Tatau.
GIAT: Para pekerja menjalankan kerja pembersihan parit di Tatau.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berusaha menangani masalah banjir kilat di beberapa penempatan di bahagian ini dengan mengadakan pertemuan dengan pemaju sebuah projek pembinaan pusat beli-belah di sini di samping usaha pembersihan sistem perparitan turut dilakukan.

Tindakan itu diambil berikutan beberapa kawasan di penempatan Kampung Assyakirin dilanda masalah banjir kilat apabila berlaku hujan lebat sebelum ini.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, pertemuan telah diadakan dengan pihak pemaju projek pembinaan pusat beli-belah di Tanjung Batu dengan membincangkan banyak perkara yang memerlukan kajian dan perancangan teliti serta mungkin memerlukan peruntukan yang tinggi.

Begitupun katanya, masalah kepada penduduk yang terjejas tetap menjadi perkara utama dalam usaha perbincangan itu, Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik berkat adanya kemuafakatan.

“Kita akan berjumpa dengan penduduk yang terjejas dalam masa terdekat.

“Memperbaiki perkhidmatan perbandaran adalah tonggak tanggungjawab kami di BDA,” katanya melalui hantaran dalam akaun media sosialnya.

“Sekiranya berlaku kealpaan, terlepas pandang dan ketidakcekapan dalam menyelesaikan sesuatu perkara, secara terbuka dan ikhlas saya meminta maaf bagi seluruh pihak warga kerja BDA,” tambahnya.

Disebabkan perkara ini berlaku di luar jangkaan katanya, caranya adalah mencari jalan penyelesaian kerana tindakan saling menyalahkan tidak akan membawa kebaikan sebaliknya perlu ada tindakan susulan bersama dengan pemaju.

Dalam perkembangan lain katanya, kerja pembersihan sistem perparitan terus dilakukan pihak BDA di Tatau bagi mencegah berlaku permasalahan yang sama membabitkan banjir kilat.

“Sebelum ini longkang di kawasan ini dipenuhi dengan serpihan dan sampah.

“Musim monsun akan datang maka adalah penting bagi kita untuk memastikan parit-parit yang ada bersih dan tidak dipenuhi sampah,” jelasnya.

Katanya, ia (sering diperkata) mengenai longkang yang tersumbat dan tidak dibersihkan yang menjadi tumpuan apabila musim monsun tiba tetapi kita tidak pernah memikirkan mengenai tabiat buruk sesetengahnya yang membuang sampah ke dalam parit sehingga menyebabkan saluran air tersumbat.

  • oleh
  • Advertisement