Anda di sini

Awang Tengah pimpin delegasi Sarawak bermesyuarat dengan X-FAB di Jerman

Advertisement
 Delegasi Sarawak bersama pasukan X-FAB di pintu masuk pejabat X-FAB Semiconductor Foundries di Erfurt, Jerman.
LAWATAN: Delegasi Sarawak bersama pasukan X-FAB di pintu masuk pejabat X-FAB Semiconductor Foundries di Erfurt, Jerman.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memimpin delegasi Sarawak untuk mengadakan mesyuarat dengan X-FAB Silicon Foundries SE di Erfurt, Jerman untuk membincangkan mengenai perkembangan Kluster Semikonduktor negeri.

Melalui mesyuarat itu, X-FAB Silicon Foundries SE berjanji untuk menyokong aspirasi Kerajaan Sarawak dalam membangunkan Kluster Semikonduktor negeri.

“Pembangunan Kluster Semikonduktor akan mempercepatkan proses perindustrian negeri kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang menawarkan kilang pintar dan penggunaan aplikasi digital secara sepenuhnya,” ujar beliau.

Tambahnya, pembangunan Kluster Semikonduktor akan memberi impak besar kepada ekonomi Sarawak.

“Lembah Silikon adalah contoh yang paling jelas. Namun di Eropah, terdapat empat kluster utama di sekitar Leuven (Belgium), Dresden (Jerman), Eindhoven (Belanda) dan Grenoble (Perancis).

“Dalam senarai tersebut, terdapat sekitar 800 syarikat yang menggaji 150,000 pekerja mahir dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah X-Fab Hans-Jurgen Straub berkata, X-FAB Sarawak mengambil keputusan yang tepat dengan memupuk perkembangan Kluster Semikonduktor di Sarawak kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang betul.

“Kini terdapat ramai pelajar Sarawak sedang belajar di Jerman dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan X-FAB berbesar hati untuk melantik mereka sebagai pelatih di kilang pengeluaran mereka dan seterusnya menjadi pekerja mereka,” ujar beliau.

X-FAB Sarawak Sdn Bhd kini menggaji lebih daripada 1,200 penduduk tempatan dalam kerja berteknologi tinggi itu.

X-FAB Sarawak di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya antara yang mempunyai kemudahan pengilangan terbesar jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat X-FAB lain di Belgium, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.

Delegasi ke Jerman itu turut disertai Menteri Muda Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Industri dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED Datu Liaw Soon Eng, Pegawai Kanan MINTRED Kameri Affandi, Lester Matthew dan Zukkarnain Rosli.

Mengiringi sama adalah Konsul Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Frankfurt Yusri Hasnan Chu Abu Bakar dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE Sarawak) Leany Mokhtar.

Mesyuarat itu turut dihadiri pihak atasan X-FAB yang diketuai Ahli Lembaga Pengara  Hans-Jurgen Straub, Naib Presiden Projek Strategik Nobert Meyer, Ketua Pegawai Teknologi Teknikal Dr Jens Kosch dan Pengurus Operasi Fab Mario von Podewils.

Advertisement