Anda di sini

Atlet renang dan terjun Sabah sertai kem latihan ASUM

Advertisement
 Atlet renang junior Sabah bersama ketua jurulatih negara, Chris Martin (tiga dari kiri).
PERENANG: Atlet renang junior Sabah bersama ketua jurulatih negara, Chris Martin (tiga dari kiri).

KOTA KINABALU: Atlet junior renang dan terjun Sabah timba pengalaman dengan menyertai kem latihan anjuran Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA), Cynthia Chin berkata, atlet renang menyertai Kem Latihan Renang Junior manakala atlet terjun sertai Kem Latihan Junior Tiger Diving.

Perenang Sabah yang telah dihantar menyertai Kem Latihan Renang Junior ialah Alvin Tan Kar Kit, Dana Eve Jingulam Norman, Filbert Philmond Patrick, Loo Yie Cheng, Samuel Ng Chong Cheng dan Yapp Kae Wen.

Kem latihan itu dikendalikan ketua jurulatih renang negara, Chris Martin yang kini meletakkan pembangunan atlet renang negera ini antara agenda utamanya.

Dalam kem latihan itu, perenang mendapat peluang untuk mengetengahkan bakat mereka.

Sambil itu, tiga atlet terjun Sabah telah dipilih sendiri ketua jurulatih negara, Christian Brooke untuk menyertai Kem Latihan Junior Tiger Diving. Ia adalah kem latihan fasa ketiga selepas dua fasa sebelum ini pada Mei dan Ogos.

Atlet terjun Sabah yang telah terpilih itu ialah Putra Nurulaiman Mokaram, Abdul Yasnin dan Ellson Lim Key Kuan.

Cynthia berkata, kem latihan renang dan terjun itu juga disertai atlet lain dari seluruh Malaysia.

"Atlet renang dan terjun kita menimba pengalaman berguna dari dua kem latihan ini. Selain mendapat tip-tip penting dari ketua jurulatih, mereka juga berpeluang berlatih bersama atlet dari negeri lain," katanya sambil berterima kasih kepada ASUM.

Cynthia berharap, ASUM akan meneruskan kem latihan itu pada masa akan datang demi pembangunan atlet renang dan terjun negara ini.

Beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah atas sokongan dan bantuan berterusan kepada SASA terutama dari segi pembangunan atlet.

 Atlet terjun junior Sabah bersama ketua jurulatih negara, Christian Brooke (kiri di belakang) dan jurulatih pelapis, Awang (kanan di belakang).
PENERJUN: Atlet terjun junior Sabah bersama ketua jurulatih negara, Christian Brooke (kiri di belakang) dan jurulatih pelapis, Awang (kanan di belakang).
  • oleh
  • Advertisement