Anda di sini

32 Setiausaha Politik Ketua Menteri akan berkhidmat selama 15 bulan

Advertisement
 Uggah merakam kenangan bersama semua setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam.
UNTUK ALBUM: Uggah merakam kenangan bersama semua setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam.

KUCHING: Seramai 32 Setiausaha Politik Ketua Menteri yang mengangkat sumpah semalam, akan berkhidmat selama 15 bulan berbanding tempoh satu tahun sebelum ini.

Tempoh perkhidmatan mereka berkuat kuasa dari 1 Oktober tahun ini sehingga 31 Disember 2020.

Daripada jumlah itu, 31 setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam merupakan lantikan semula manakala wakil tunggal Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam kumpulan terdahulu tidak disenaraikan (omitted) kerana jawatan itu kini di antara empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) Brian Fung, 59, merupakan muka baharu tunggal dalam barisan itu dengan menggantikan Suzanne Lee daripada PSB yang hanya mempunyai masa satu tahun untuk menyandang jawatan berkenaan.

Ini bermakna, jawatan sekarang menyaksikan 19 adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), masing-masing lima daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan tiga daripada Parti Demokratik Progresif (PDP).  

Ahli PBB yang dilantik semula sebagai setiausaha po-litik ialah Abu Seman Jahwie, Kenil Jaraiie,  Buang Bolhassan, Faridah Osman, Sharkawi Suhaili, Julani Mokhtar, Victor Temenggung Angang, Romeo Christopher Tegang, Maurice Joannes Giri, Petrus Igat Mathias, Dr Richard Rapu, Charles Balan Seling, Michael Mujah Lihan, Tapah Ata, Abdul Samat Gany, Jenny Bangga, Dr Simon Sinang Bada, Susan Chemerai Anding dan Dayang Nurfizawaty Abang Abdul Karim.

Dilantik semula dari-pada SUPP ialah Teng Ung Woo, Daniel Bujal, Tan Kai, Michael Tiang Ming Tee dan Soo Li Ching manakala daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) terdiri daripada Nicholas Kudi Jantai, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Edwin Banta, Charles Chad Nissom dan Beatrice Kedoh Tajang.

Daripada PDP pula, mereka yang dilantik semula ialah Alexander Asing Sadai dan Robert Ayu.

Kesemua mereka meng-angkat sumpah di hadapan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Fung ketika dihubungi selepas majlis itu berkata, pelantikannya bermakna  PDP kini mempunyai tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri.

“Sebelum ini, kita pernah mempunyai empat dan kemudian (dikurangkan kepada) dua dan sekarang kita mempunyai tiga (setiausaha politik),” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana melantiknya sebagai salah seorang setiausaha politik dan beliau juga merakamkan penghargaan kepada Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing kerana mencalonkannya untuk jawatan itu.

Fung yang gembira untuk pelantikan itu berikrar akan bekerja keras memperkuatkan kerajaan GPS terutama dalam menghadapi serangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Seperti yang anda tahu, PH kini sedang berusaha untuk menawan Sarawak. Jadi, semua setiausaha politik perlu bekerja keras untuk memastikan kerajaan GPS tetap kukuh,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis angkat sumpah itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)  Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta menteri-menteri muda kabinet negeri.

Advertisement