Anda di sini

Tipu pembelian telefon, lelaki dipenjara 32 bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan kelihatan tenang apabila dikenakan penjara 32 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas kesalahan menipu melibatkan pembelian telefon pintar.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Choo Yi Ping yang tidak diwakili peguam selepas dua tuduhan berkenaan dibacakan kepadanya dan mengaku salah.

Pertama, tertuduh menipu seorang wanita dengan cara membuat pembelian telefon pintar bernilai RM3,800 dan menyerahkan slip gaji yang tidak wujud.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Julai jam 6.40 petang di pintu utama Kompleks Karamunsing di sini.

Kedua, pada 18 Julai jam 8 malam di sebuah kedai di sini, tertuduh menipu seorang lelaki dengan cara sama untuk pembelian sebuah telefon bimbit bernilai RM4,000.
 
Semua pertuduhan terbabit, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama.

Untuk setiap kesalahan, mahkamah mengenakan penjara selama tempoh 16 bulan terhadap tertuduh yang dikira dari tarikh tangkap pada 3 Oktober.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan Choo hanya memohon supaya hukumannya diringankan.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit melakukan pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement