Anda di sini

Program Khidmat Komuniti bantu Nurhidayah

Advertisement
 Phoong (duduk, tengah) bersama rombongan serta Nurhidayah (duduk, dua dari kiri) dan keluarga.
BANTU: Phoong (duduk, tengah) bersama rombongan serta Nurhidayah (duduk, dua dari kiri) dan keluarga.

KOTA KINABALU: Kesusahan Nurhidayah Azizan yang lumpuh akibat kemalangan mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe.

Phoong menerusi Program Khidmat Komuniti di bawah Unit Jaringan Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menyalurkan bantuan peralatan bagi membantu pergerakan ibu yang menetap di Putatan itu.

Phoong menyampaikan bantuan itu semasa merasmikan Program Khidmat Komunti di bawah Unit Jaringan Kerjasama KBSS di kediaman Nurhidayah baru-baru ini.

Sambil itu, menerusi program sama, belia setempat juga menghulurkan bantuan mengubah suai pintu ruangan dapur dan pintu masuk ke rumah Nurhidayah selepas mendapat nasihat dan kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program Khidmat Komuniti adalah inisiatif KBSS yang mensasarkan enam program untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Pertubuhan Gagasan Sukarelawan Negeri Sabah (PENGASAS).

Program di Putatan itu adalah yang kedua bagi zon Pantai Barat Selatan selepas program pertama di Sipitang untuk zon Pedalaman Bawah.

Turut  bersama ialah Setiausaha Tetap KBSS Mohd Yusrie Abdullah, Ketua Unit Jaringan Kerjasama Faridah Masi, Timbalan Presiden MBS Abqaree Fawwaz dan anggota PENGASAS.
 

  • oleh
  • Advertisement