Anda di sini

PNK S'kan, Libaran harap kerajaan kekalkan insentif dan bahan api

Advertisement
 

SANDAKAN: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan dan PNK Libaran berharap kerajaan pusat mengekalkan pemberian insentif dan subsidi bahan api dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober ini.

Pengerusi PNK Sandakan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Sabah Shaiful Bahari Haji Muin berkata kerajaan perlu mengekalkan pemberian insentif kerajaan untuk setiap nelayan, elaun bantuan sara hidup nelayan dan subsidi petrol serta diesel bagi kegunaan nelayan.

SHAIFUL BAHARI
SHAIFUL BAHARI

“Sekiranya ini dimansuhkan sudah tentu golongan nelayan akan berhadapan dengan cabaran meneruskan kelangsungan hidup disamping bergelut kerana kekurangan hasil tangkapan di laut,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya pelbagai pemberian insentif dan subsidi bahan api yang disediakan kerajaan itu sediit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Pihaknya bimbang dalam keadaan ekonomi tidak menentu pada masa sekarang, bantuan yang dinikmati nelayan dihapuskan atau dikurangkan,” katanya.

Mengenai ura-ura Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dikeluarkan dari negeri Sabah, Shaiful yang juga Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berharap perkara itu tidak berlaku kerana LKIM merupakan agensi yang banyak memainkan peranan serta membantu PNK dan golongan nelayan di negeri Sabah.

Manakala, Pengerusi PNK Libaran Abdul Said Pimping juga berharap agar kerajaan dapat meningkatkan semula elaun bantuan sara hidup nelayan yang kini diturunkan RM200 dan tingkatkan subsidi bahan api.

“Kita juga mengharapkan kepada kerajaan pusat ini meningkatkan insentif menyediakan pelbagai kemudahan untuk golongan nelayan termasuk jeti dan perumahan nelayan,” katanya.

Abdul Said berharap pembentangan Belanjawan 2020 kali ini akan mengumumkan bantuan untuk memberi berita gembira kepada nelayan selaras untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

ABDUL SAID
ABDUL SAID

“Ini juga bagi menjamin kesinambungan golongan nelayan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan memang sebelum ini ada bantuan kita dapat tetapi ia harus ditingkatkan terutamanya situasi sekarang ini ekoran kos untuk menangkap ikan semakin meningkat dan kita perlu mengeluarkan pembelanjaan untuk keluar lebih jauh.

  • oleh
  • Advertisement