Anda di sini

Persahabatan: Sri Aman belasah Manchester City Sarawak 8-1

Advertisement
 Pasukan Sri Aman (berbaju merah jambu) bersama Manchester City Sarawak (berbaju biru laut) beraksi pada perlawanan persahabatan kelmarin.
PERSAHABATAN: Pasukan Sri Aman (berbaju merah jambu) bersama Manchester City Sarawak (berbaju biru laut) beraksi pada perlawanan persahabatan kelmarin.

SRI AMAN: Sri Aman mengadakan perlawanan persahabatan pertama Jelajah Kelab-Kelab Inggeris bersama pasukan Manchester City Sarawak di Padang Yayasan Sarawak, Kuching kelmarin.

Menerusi perlawanan itu, Sri Aman menewaskan Manchester City Sarawak dengan jaringan besar 8-1.

Pengurus pasukan Sri Aman, Hazlin Hasan berkata perlawanan itu bagi mengeratkan silaturahim kedua-dua pasukan.

Di samping itu, sebagai persiapan awal Sri Aman menyertai pertandingan bola sepak diadakan di Sri Aman pada penghujung tahun ini dan tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya, diharapkan menerusi perlawanan itu dapat meningkatkan stamina pemain-pemain berentap pada pertandingan akan datang.

Pada perlawanan itu pasukan Sri Aman dibimbing jurulatihnya, Sulaiman Idi.

Advertisement