Anda di sini

Operasi padam kebakaran di tapak pelupusan sampah dijangka mula esok

Advertisement
Keadaan di tapak pelupusan sampah tersebut hari ini
Keadaan di tapak pelupusan sampah tersebut hari ini

SIBU: Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Seng Ling, di sini dijangka bermula esok. 

Wan Kamarudin berkata, operasi tersebut akan disertai oleh kakitangan dari Majlis Perbandaran Sibu (MPS). 

"Proses mengorek tapak pelupusan untuk mencari api punca kebakaran hampir selesai. 

"Kerja-kerja tersebut dikendalikan oleh kontraktor yang dilantik oleh MPS," ujar beliau semasa dihubungi hari ini.

Katanya, sepanjang hari ini MPS turut membantu pihaknya dengan menghantar anggota serta lori tangki air ke lokasi.

Untuk rekod tapak pelupusan berkenaan telah ditutup pada bulan April tahun ini selepas beroperasi selama 18 tahun.

Tapak pelupusan sampah berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei.
 

  • oleh
  • Advertisement