Anda di sini

KPLB akan laksana program pembangunan ekonomi di lima daerah di Sabah

Advertisement
RONALD
RONALD

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia (KPLB)  telah mengenal pasti lima daerah di Sabah untuk melaksanakan program-program pembangunan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Daerah itu ialah Tongod, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Beluran yang mempunyai pendapatan purata bulanan dibawah RM4,000.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penumpuan pembangunan akan diberikan kepada kampung-kampung di dalam daerah tersebut terutamanya yang berkaitan dengan program pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk kampung.

Katanya, KPLB dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalannya di Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur semalam memaklumkan,  kementerian juga sedang meneliti cadangan program-program baharu untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK 12) khusus untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, seperti yang telah digariskan di bawah Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030).

Ronald dalam soalannya minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah program dan perancangan khusus kementerian untuk membantu penjanaan pendapatan dan membantu golongan miskin dan miskin tegar penduduk luar bandar untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, memandangkan buat masa ini Sabah mempunyai bilangan penduduk miskin tegar paling tinggi di Malaysia.

Bellau berkata, KPLB memaklumkan berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan lsi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, insiden kemiskinan di luar bandar Sabah adalah pada tahun 2016 ialah 5.3 peratus

Selain itu, purata pendapatan penduduk luar bandar di Sabah pada tahun 2016 adalah pada RM4.068.

Katanya, salah satu matlamat DPLB 2030 yang dilancarkan pada 27 Jun 2019 adalah untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan persekitaran.

"Sehubungan itu bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, KPLB melaksanakan program khusus untuk membantu penduduk luar bandar di dalam kategori miskin dan miskin tegar.

"Program-program itu seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) serta program-program keusahawanan termasuk di bawah agensi KPLB seperti KEMAS, MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah bagi membantu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk di luar bandar," jelasnya.

Advertisement