Anda di sini

Hampir 300 ditahan semasa protes alam sekitar di London

Advertisement
 Pegawai polis menangkap penunjuk perasaan semasa protes ‘Extinction Rebellion’ di London, Britain kelmarin. — Gambar Reuters
TANGKAP: Pegawai polis menangkap penunjuk perasaan semasa protes ‘Extinction Rebellion’ di London, Britain kelmarin. — Gambar Reuters

LONDON: Hampir 300 orang ditahan di pusat bandar London pada hari pertama protes besar-besaran oleh pencipta alam sekitar yang menuntut kerajaan melakukan lebih banyak usaha untuk mengatasi isu perubahan iklim, lapor agensi berita China Xinhua.

Sehingga jam 9.30 malam (waktu tempatan) kelmarin, Polis Metropolitan berkata 280 tangkapan telah dibuat.

Antara yang ditahan ialah Sarah Lasenby, 81, pekerja sosial dari Oxford.

Penunjuk perasaan berkata, protes yang dikenali ‘Extin-ction Rebellion’ itu akan di-adakan selama dua minggu.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson kelmarin mengarahkan polis London “menguatkuasakan sepenuh-nya undang-undang” terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu.

Penunjuk perasaan ber-ikrar mengadakan halangan “di setiap jalan” menuju ke Westminster, London sebagai sebahagian usaha peringkat global mereka untuk mengetengahkan isu perubahan iklim.

Mereka mendakwa protes kali ini lima kali lebih besar berbanding demonstrasi pada April lalu.

Selain itu, aktivis alam sekitar turut mengadakan protes di bandar seperti Berlin, Amsterdam dan Sydney. — Bernama

Advertisement