Anda di sini

Dua kapal LMS tiba di Sabah Januari depan

Advertisement
 Abdul Rahman ketika membincangkan aspek keselamatan dengan Tun Juhar.
BINCANG: Abdul Rahman ketika membincangkan aspek keselamatan dengan Tun Juhar.

KOTA KINABALU: Markas Pemerintahan Armada Timur kini bersiap sedia menerima dua Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship - LMS) yang akan tiba bermula Januari depan.  

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob berkata dua buah Kapal Diraja (KD) itu diberi nama KD Keris dan KD Sundang akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar pada Januari dan April depan.

“Penempatan aset berkenaan merupakan penambahan kepada 16 buah kapal yang sedia ada di negeri ini bagi memperkuatkan lagi struktur kawalan dan rondaan sekitar perairan Sabah.

“Setakat ini, kawasan operasi TLDM aman dan terkawal serta diharapkan keadaan ini akan kekal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

Beliau ditemani isteri Datin Dr Norinah Mustapha ditemui media selepas selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Abdul Rahman yang berkhidmat selama tujuh tahun lapan bulan di Sabah, turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta memaklumkan pertukaran beliau ke Markas TLDM Kuala Lumpur bermula 15 Oktober ini.

  • oleh
  • Advertisement