Anda di sini

25 sertai bengkel penulisan Haraki 

Advertisement
 Mustaman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel.
PESERTA: Mustaman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel.

LAHAD DATU: Seramai 25 orang menyertai bengkel penulisan Haraki yang terdiri daripada Ahli jawatankuasa PASTI, Nusaibah, Jabatan Amal, Briged Muslimat dan Ameerah, di sini baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah Mustaman Mustain berkata, bengkel ini bertujuan untuk melahirkan wartawan rakyat yang akan melaporkan aktiviti-aktiviti PAS di daerah ini.

"Selama bengkel berlangsung, semua peserta didedahkan dengan teori penulisan berita, menjalankan praktikal penulisan berita dan kaedah menulis di media sosial," katanya.

Beliau berharap setiap peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi didalam bengkel ini dan mengaplikasikan dengan cara yang betul.

"Semoga semua peserta dapat memperbetulkan teknik penulisan dengan baik dan dapat menulis dengan lebih kerap selepas ini," katanya.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Silam Landari Labobo dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Silam Sumarni Sainddin. 

  • oleh
  • Advertisement