Anda di sini

Lelaki warga asing didakwa guna dokumen palsu

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Sairozi Darsani yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa menggunakan dokumen pas perjalanan palsu, pada 24 September di kaunter 9, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basiri memohon tarikh pengurusan kes ditetapkan dan tidak mencadangkan ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 1 November terhadap tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement