Anda di sini

Lelaki didakwa guna dadah buat kali ketiga

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa buat kali ketiga atas tuduhan menggunakan dadah, di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Namun Mohd Khairul Nizzam Mohd Razali, 28, yang mempunyai dua sabitan lampau atas kesalahan terbabit mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Tertuduh didapati positif menggunakan dadah pada 19 Julai jam 1.20 pagi di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kota Kinabalu di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1)(b) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara antara tempoh lima tahun hingga tujuh tahun serta dikenakan tidak melebihi tiga sebat.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 17 Oktober terhadap Mohd Khairul Nizzam yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement