Anda di sini

Kontinjen Sandakan raih dua emas, dua perak

Advertisement
 Kontinjen Sandakan yang bersaing di Pertandingan Bocce dan Badminton Unified Special Olympics Peringkat Negeri Sabah.
CEMERLANG: Kontinjen Sandakan yang bersaing di Pertandingan Bocce dan Badminton Unified Special Olympics Peringkat Negeri Sabah.

SANDAKAN: Kontinjen Sandakan berjaya meraih dua emas, dua perak dan lima gangsa pada Pertandingan Bocce dan Badminton Unified Special Olympics Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Tawau, baru-baru ini.

Berlangsung dari 27 hingga 29 September, pertandingan itu dijayakan lebih 100 atlet kelainan upaya (OKU) bersama sukarelawan dan guru pengiring dari empat buah daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Labuan.

Pengerusi Special Olympics Sandakan, Taren Sunil Manohara dan Timbalannya, Maria Juliana Chong telah menghantar seramai 12 atlet OKU bersama enam atlet Unified ke pertandingan berkenaan.

Kontinjen Sandakan diiringi oleh Ketua Kontinjen, Florence James bersama Christy Jr. Tan dan Zalenah Zakaria (Jurulatih Pasukan Bocce) serta Salma Jumali dan Rokiah Saduri (Jurulatih Pasukan Badminton).

Pasukan Badminton berjaya membawa pulang satu emas menerusi acara Pasangan Unified (Perempuan) diwakili oleh Zaz Reyna Radz Zainuddin dan Nur Diana Syafieqah Jumat, diikuti satu perak bagi acara sama kategori lelaki yang diwakili oleh Zaz Ziedan Ritz Fernandez Zainuddin dan Mohammad Rapi Amir Bahal.

Acara Individu turut menyumbang satu pingat gangsa menerusi kategori lelaki yang diwakili oleh Mohammad Rapi Amir Bahal.

Manakala, bagi Pertandingan Bocce, Kontinjen Sandakan berjaya membawa pulang satu emas menerusi acara Individu (Perempuan) yang diwakili oleh Marina Harun.

Dan, tiga perak disumbangkan menerusi acara Individu (Lelaki) yang diwakili oleh Johan Jomilin; acara Bergu Unified (Lelaki) yang diwakili Muhammad Shahrul Ikhwan Jumin dan Jason Laexander Degullation: dan acara Pasukan Unified (Perempuan) yang diwakili oleh Jurianizah Jumin, NoorLyssa Sofie Amanda J. Kilong Jr, Nur Ain Ricky dan Ermawati Rannong.

Sementara, dua gangsa disumbangkan menerusi acara Bergu (Lelaki) yang diwakili oleh Muhammad Anwarsyah dan Muhammad Shah Nizam Zulkipli dan acara Bergu Unified (Perempuan) yang diwakili oleh Nur Ain Ricky dan Ermawati Rannong.

  • oleh
  • Advertisement