Anda di sini

Empat mati ditembak di bar di Kansas

Advertisement
 Keadaan di sekitar kaki lima bar Tequila KC di mana sembilan orang ditembak di Kansas City, Kansas awal kelmarin. — Gambar AFP
KEGANASAN: Keadaan di sekitar kaki lima bar Tequila KC di mana sembilan orang ditembak di Kansas City, Kansas awal kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Empat orang, dua daripadanya rakyat Mexico, maut sementara lima lagi tercedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar di Kansas kelmarin, menurut pihak berkuasa.

“Di tempat kejadian yang berlaku di bar Tequila KC, kami telah mengesan seramai sembilan (9) orang yang telah ditembak,” menurut polis Kansas City dalam satu kenyataan Twitter.

“Empat (4) daripada mangsa telah ditemui meninggal dunia di dalam premis sementara lima (5) ditemui di luar dengan pelbagai kecederaan, semuanya disebabkan tembakan senjata,” menurut pihak polis, sambil menambah bahawa mangsa yang tercedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dua mangsa yang maut adalah rakyat Mexico, menteri luar Marcelo Ebrard, menyatakan di dalam Twitter.

Menurut kepada siasatan awal polis, satu pergaduhan sebelum itu di dalam bar telah membawa kepada kejadian tembakan berkenaan dan dua suspek bersenjatakan pistol didapati lari meninggalkan tempat kejadian.

Pihak polis telah mengeluarkan gambar suspek berkenaan dan meminta bantuan bagi mengenal pasti serta mengesan mereka. — AFP

Advertisement