Anda di sini

Bimo Indonesia juara B13 Piala Bola Sepak Borneo

Advertisement
 Juara B13, Bimo Indonesia merakamkan reaksi gembira selepas majlis penyampaian hadiah.
JUARA: Juara B13, Bimo Indonesia merakamkan reaksi gembira selepas majlis penyampaian hadiah.

KOTA KINABALU: Pasukan Bimo Indonesia muncul juara kategori bawah 13 tahun (B13) Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2019.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Likas semalam menyaksikan Bimo merangkul gelaran juara dengan menumpaskan MFC Filipina 4-1.

Penentuan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Sekolah Sukan Datuk Peter Mojuntin Penampang mengalahkan Malaya Filipina 2-1 manakala SBAI Indonesia menundukkan Adelaide City Australia 3-0 pada penentuan tempat kelima dan keenam.

Sebelum itu, Dreaming Football United (DFU) Filipina mengalahkan BISP Thailand 1-0 pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan manakala TABS Bandaraya KK juga menang 1-0 ke atas Selaping Youth FC Malaysia pada penentuan dua tangga tercorot.

Kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports and Holiday Adventures itu diteruskan dengan pertandingan kategori B12 bermula semalam.

Kategori B12 dijadualkan selesai esok (Khamis) dan akan disusului dengan dengan pertandingan B11 dan B10.

Kejohanan itu juga telah mempertandingkan kategori B16, B15 dan B14.

  • oleh
  • Advertisement