Anda di sini

Seludup PATI, warga Indonesia dan lelaki tempatan kena 10 tahun

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu kerana menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) pada Mac 2018.

Hakim Supang Lian membuat keputusan itu pada 4 Oktober lalu selepas selesai meneliti hujahan peguam plaintif dan defendan selain meneliti keterangan saksi kes ini.

Boniface Toke, 49, dan Balansah Mustafa, 53, melakukan perbuatan tersebut sekitar kawasan kediaman Taman Greenwood, Batu 9, Jalan Kuching-Serian disini pada 30 Mac tahun lepas.

Kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi itu melibatkan 20 orang lelaki warga Indonesia berusia antara 15 hingga 46 tahun dibawa masuk ke sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi15 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes tersebut pertama kali disebut di Mahkamah Tinggi pada 27 Jun, 2018 dan kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut. 

Sejak tarikh itu, mereka direman berikutan kesalahan yang dilakukan tidak boleh diikat jamin kerana terikat dengan aturan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA).

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Jacob Wong.
 

  • oleh
  • Advertisement