Anda di sini

Empat lelaki gelandangan mati dibelasah di New York

Advertisement
 Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di Manhattan, New York kelmarin. — Gambar Reuters
TRAGIK: Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di Manhattan, New York kelmarin. — Gambar Reuters

NEW YORK: Seorang lelaki gelandangan bersenjatakan sebatang paip besi memukul sekumpulan lelaki gelandangan di New York kelmarin menyebabkan empat maut dan seorang parah, menurut pihak polis.

Mangsa yang cedera parah telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun sebagai suspek dalam serangan di Lower Manhattan di kawasan Chinatown  dalam masa beberapa jam selepas kejadian lewat kelmarin.

Mangsa-mangsa dikatakan sedang tidur ketika diserang, menurut Michael Baldassano dari jabatan polis New York.

“Motif yang kelihatan buat masa sekarang adalah serangan secara rambang.

“Tiada sesiapa yang disasarkan berdasarkan kaum, usia, apa-apa sebab lain,” beliau memberitahu wartawan.

Setiap malam, lebih 63,000 orang tidur di dalam sistem penempatan sementara di Kota New York, menurut Bowery Mission, sebuah kumpulan sokongan, namun hampir 4,000 lagi tidur di tepi jalan, di stesen bawah tanah atau di kawasan awam lain.

Kumpulan itu menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan masalah gelandangan termasuklah masalah penyakit mental, penyalahgunaan hak, kekurangan perumahan mampu milik dan masalah untuk mengekalkan pekerjaan. — AFP

Advertisement