Anda di sini

Lee Siak Chin menang Proton X70 Peraduan Cabutan Bertuah UNACO

Advertisement
 Wakil syarikat pembekal Unaco, Pengurus Besar Supreme Consolidated Resources Sdn Bhd, Justin Ho melakukan cabutan nama pemenang hadiah utama sempena Ulang Tahun Ke-18 Kumpulan Syarikat UNACO, semalam.
CABUTAN: Wakil syarikat pembekal Unaco, Pengurus Besar Supreme Consolidated Resources Sdn Bhd, Justin Ho melakukan cabutan nama pemenang hadiah utama sempena Ulang Tahun Ke-18 Kumpulan Syarikat UNACO, semalam.

KUCHING: Lee Siak Chin diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Cabutan Bertuah sempena Ulang Tahun Ke-18 Kumpulan Syarikat UNACO, semalam.

Lee membawa pulang hadiah utama kereta Proton X70 1.8 TGDI (Exec 2WD) selepas cabutan semula dilakukan oleh syarikat pembekal UNACO Group of Companies (UNACO) di sini.

Menurut Unaco, cabutan semula berkenaan dilakukan sekali lagi selepas pemenang hadiah utama terdahulu tidak dapat dihubungi dan membalas mesej pesanan ringkas (SMS) pihaknya.

Justeru, pihak penganjur secara sebulat suara telah mengumumkan bahawa pemenang tersebut telah digugurkan kelayakan untuk menebus hadiah berkenaan.

Terma dan syarat penyertaan cabutan itu telah menetapkan pemenang yang dihubungi mesti menjawab telefon mereka dalam tempoh 24 jam selepas keputusan cabutan bertuah diumumkan.

Cabutan bertuah tersebut telah bermula 13 Julai sehingga 15 September yang lalu hanya dengan berbelanja RM80 ke atas dalam satu resit bagi sebarang pembelian di mana-mana pasar raya UNACO di sini.

Sementara itu pada cabutan yang diadakan 28 September lepas, UNACO turut mengumumkan pemenang hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Axia 1.0 Standard G Auto berwarna hitam yang dimenangi, Lam Poh Moi.

Lam yang ditemani ahli keluarga berasa sangat gembira dan bersyukur kerana memenangi kereta berkenaan dan turut menyatakan bahawa beliau merupakan pelanggan tetap UNACO untuk sekian lamanya.

Sementara hadiah kedua motosikal Honda Wave Alpha MDJ, dimenangi oleh Eric Anderson Hojes, 23, dan hadiah ketiga Sharp 60’K Smart LED TV dibawa pulang oleh Law Tze Boi.

Advertisement