Anda di sini

Iran bebas pasangan Australia dituduh mengintip

Advertisement

SYDNEY: Satu pasangan Australia mempunyai blog pelancongan yang ditahan di Iran atas tuduhan mengintip telah dibebaskan, kata Menteri Luar Australia Marise Payne semalam.

Jolie King dan Mark Firkin yang menetap di Perth telah mendokumenkan perjalanan mereka dari Australia ke Bri-tain dalam media sosial sejak dua tahun lepas namun tiba-tiba senyap selepas menghantar perkembangan terkini mereka dari Kyrgyzstan dan Pakistan kira-kira tiga bulan lepas.

Mereka didakwa menggunakan sebuah dron bagi mengambil gambar “kawasan tentera dan kawasan larangan”, kata jurucakap kehakiman Iran pada bulan lepas.

Selepas “rundingan yang sangat sensitif” dengan Teh-ran, pasangan tersebut telah dibebaskan, kata Payne semalam.

“Mereka telah kembali ke Australia dan akan dipertemukan semula dengan keluarga mereka,” beliau memberitahu wartawan di Sydney.

“Mereka dalam keadaan sangat bersemangat dan mereka juga berada dalam keadaan sihat,” jelasnya.

Namun rundingan me-ngenai nasib ahli akademik Universiti Melbourne Kylie Moore-Gilbert, rakyat Australia ketiga dituduh “mengintip untuk negara lain”, masih diteruskan, kata Payne.

Pensyarah universiti Moore-Gilbert, yang mengkhusus dalam bidang politik Timur Tengah dengan fokus terhadap negara Teluk, telah ditahan “selama beberapa bulan” sebelum King dan Firkin dalam kes yang  tidak berkaitan.

“Beliau telah ditahan untuk beberapa tempoh dan berdepan dengan sistem perunda-ngan Iran serta telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman,” kata menteri luar itu.

“Kami tidak menerima  dakwaan yang mana beliau disabitkan dan kami ingin mencari jalan untuk membawa beliau pulang ke Australia,” kata Payne, tanpa mengulas lanjut.

Berita mengenai penahanan pada bulan lepas muncul selepas Canberra mengumumkan ia akan menyumbang sebuah kapal frigat dan pesawat pemerhati kepada misi yang diketuai oleh Amerika Syarikat bagi melindungi perkapalan melalui Selat Hormuz, di tengah-tengah ketegangan semakin merun-cing di wilayah Teluk.

Payne telah menegaskan kes mereka yang ditahan tidak berkaitan dengan kete-gangan diplomatik. — AFP
 

Advertisement