Anda di sini

Rogol gadis bawah umur: Pemuda diarah bela diri

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang pemuda berusia 22 tahun, diperintahkan membela dirinya di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh bela diri pada 1 November terhadap Shahriezuladie Johari, yang mana pada semalam untuk keputusan kes pada peringkat akhir pendakwaan.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah Kampung Kinarut, daerah Papar, pada 13 dan 14 Februari jam 11 malam.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Pihak pembelaan yang diwakili peguam Adelia Adnan dan Jamadi Salleh memberitahu akan memanggil tiga saksi untuk memberikan keterangan.

Sementara, sepanjang pendengaran kes pada  prosiding peringkat pendakwaan, seramai lima saksi dipanggil.

Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir Megat Tharih Affendi melakukan pendakwaan terbabit.

  • oleh
  • Advertisement