Anda di sini

Monyet paling jarang sekali ditemui lahir di zoo Australia

Advertisement
 Gambar serahan Zoo Taronga di Sydney, Australia menunjukkan anak monyet Francois’ Langur yang lahir di zoo berkenaan pada minggu lepas. — Gambar AFP
COMEL: Gambar serahan Zoo Taronga di Sydney, Australia menunjukkan anak monyet Francois’ Langur yang lahir di zoo berkenaan pada minggu lepas. — Gambar AFP

SYDNEY: Salah satu monyet paling jarang sekali ditemui di dunia telah dilahirkan di sebuah zoo di Australia.

Anak monyet Francois’ Langur jantan dengan bulu orennya yang unik lahir di Zoo Taronga, Sydney, pada minggu lepas dan belum lagi diberi nama.

Haiwan itu, yang amat diancam kepupusan, hanya dijumpai di China dan Viet-nam di mana ia diancam oleh pemburu haram dan kehilangan habitat disebabkan oleh pencerobohan pemba-ngunan.

“Melihat monyet Francois’ Langur di belantara amat jarang sekali berlaku, tetapi melihat seekor anak adalah lebih jarang lagi,” kata Penjaga Zoo Kanan, Jane Marshall.

Bulu anak monyet itu yang berwarna oren terang bertahan hanya beberapa minggu sebelum ia bertukar kepada hitam seperti ibunya Noel.

Zoo itu menganggarkan hanya kira-kira 3,000 spesies itu masih hidup dalam belantara.

“Tidak ramai orang tahu tentang monyet Francois’ Langur sebagai satu spesies, tetapi haiwan yang cantik ini adalah haiwan yang sa-ngat bertenaga, yang begitu tangkas dan cerdik,” tambah Marshall. — AFP

Advertisement