Anda di sini

JPSM sedia peluang latihan kepada belia di Sabah

Advertisement
 Para peserta Kursus Penyediaan Pastri bergambar kenangan bersama Zainudin dan tetamu jemputan yang hadir sempena majlis itu.
GAMBAR RAMAI: Para peserta Kursus Penyediaan Pastri bergambar kenangan bersama Zainudin dan tetamu jemputan yang hadir sempena majlis itu.

KOTA KINABALU: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah merancang pelbagai program di seluruh pelusuk negeri Sabah untuk memastikan ada peluang dan ruang kepada belia-belia yang ada di seluruh Sabah mengikuti program-program JPSM.

Pengarah JPSM Zainudin Aman menjelaskan, ini kerana kita sedar dan percaya tidak semua belia-belia di negeri ini mampu dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

  Zainudin Aman.
PENGARAH JPSM:  Zainudin Aman.

Katanya, sebahagian besar daripada belia tidak mampu untuk melanjutakan pelajaran. Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya mereka (belia) mempunyai potensi yang sangat besar. 

"Dan sekiranya kita mengambil ruang dan peluang untuk membangunkan potensi ini, mereka juga mampu berjalan dan berkembang lebih hebat di masa-masa akan datang.

 Zainudin (kanan) dan Dahali (kiri) bergambar kenangan bersama Noordiana Jafri  (tengah) tenaga pengajar ketika melawat gerai pameran.
TERTARIK: Zainudin (kanan) dan Dahali (kiri) bergambar kenangan bersama Noordiana Jafri  (tengah) tenaga pengajar ketika melawat gerai pameran.

"Dan inilah yang kita lihat di JPSM, bahawa peserta yang ada pada hari ini merupakan antara mereka yang mempunyai kemahiran, peluang dan inshaAllah berpotensi menjadi insan yang cemerlang pada masa akan datang.

"Justru JPSM melaksanakan pendekatan dan program supaya para belia ini akan mendapat latihan," tegasnya.

 Suasana Majlis Perasmian Dan Penutupan Kursus Penyediaan Pastri di Pusat Latihan SZ Enterprise Putatan berkenaan.
MAJLIS: Suasana Majlis Perasmian Dan Penutupan Kursus Penyediaan Pastri di Pusat Latihan SZ Enterprise Putatan berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Dan Penutupan Kursus Penyediaan Pastri di Pusat Latihan SZ Enterprise Putatan semalam.

Kursus selama 15 hari (17 Sept-3 Okt) anjuran JPSM dengan kerjasama SZ Enterprise itu disertai seramai 25 orang peserta yang terpilih daripada seluruh daerah di Sabah.

Sepanjaang kursus, para peserta telah diajar cara membuat kuih, roti, biskut dan kek yang keseluruhannya dalam 46 jenis oleh dua orang tenaga pengajar yang bertauliah iaitu Noordiana Jafri dan Marianie Sabturani.

Dalam pada itu Zainudin mengharapkan kepada peserta kursus berkenaan menggunakan kemahiran yang diperolehi melalui kursus berkenaan untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

 Zainudin (dua kiri) menyampaikan sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta. Turut kelihatan Shamsiah (kiri) Celestina Aron (dua kanan) dan Sahar Ungat.
TAHNIAH: Zainudin (dua kiri) menyampaikan sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta. Turut kelihatan Samsiah (kiri) Celestina Aron (dua kanan) dan Sahar Ungat.

"Katanya, untuk kursus ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM40,000. Walaupun nilainya nampak besar, inilah usaha dan komitmen kerajaan untuk membantu para belia mendapatkan kemahiran.

Katanya, apa yang kita harapkan agar jasa JPSM dan kerajaan negeri ini akan dibalas oleh setiap peserta dengan mengguna pakai kemahiran yang diperolehi untuk memperkembangkan potensi kemahiran dan keupayaan dalam perniagaan dan keusahwanan untuk memajukan diri masing-masing.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM Celestina Aron, Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM Sahar Ungat, Setiausaha Kursus Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM Mohd Azwan Amat dan mantan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Sabah Datuk Haji Dahali Haji Matsin, Pengurus SZ Enterprise Samsiah Sirat dan Penolong Pengurus SZ Enterprise Zainal Abdul Razak .

 Persembahan koir oleh para peserta Kursus Penyediaan Pastri.
MENGHIBUR: Persembahan koir oleh para peserta Kursus Penyediaan Pastri.
  • oleh
  • Advertisement