Anda di sini

IPD Beluran hargai peranan media salurkan maklumat

Advertisement
 Kasim bergambar bersama James (dua kanan) serta jawatankuasa PEMASSA.
KUNJUNGAN HORMAT: Kasim bergambar bersama James (dua kanan) serta jawatankuasa PEMASSA.

BELURAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat terkini dan sahih kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata pengamal media berperanan penting dalam membantu pihak polis untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran berkaitan jenayah kepada masyarakat.

“Ini juga menggalakkan kerjasama masyarakat dan terus menyalurkan apa sahaja maklumat berkenaan isu dan kes jenayah di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pihak juga berkongsi tanggungjawab yang sama iaitu berkhidmat untuk masyarakat.

"Sehubungan itu, pertemuan ini penting bagi media dan polis saling memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing agar setiap perkara dapat diselaraskan secara bersama.

"Hubungan baik antara polis dan media perlu dikekalkan, malah diperkasakan lagi dan tidak terbatas dalam tugasan harian tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti sukan," katanya ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) di pejabatnya IPD Beluran, kelmarin.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi PEMASSA, James Leong yang turut dihadir sama Timbalan Pengerusi PEMASSA, Yusop Teppo, Setiausaha PEMASSA, Mardinah Jikur dan dua Ahli Jawatankuasa PEMASSA, Saziri Ibin dan Arjasneh Ahmad bersama ahli PEMASSA, Iswadiman Shamsudin.

Dalam pada itu, James berkata kunjungan antara lain mewujudkan kerjasama antara IPD itu dan Media Sandakan selain berkenalan dengan lebih lanjut bersama Kasim yang juga baharu beberapa bulan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah itu di Beluran, menggantikan Mantan Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan R.Velautham yang berpindah ke ESSCOM.

  • oleh
  • Advertisement