Anda di sini

Digi dan TM Global berkolaboratif sediakan lebih pilihan sambungan seluruh Malaysia

Advertisement
 Alex (dari kiri), Albern, Al-Ishsal, Noor Kamarul, Amar Huzaimi ketika majlis menandatangani antara TM dan Digi mengenai kolaboratif untuk menambah baik capaian Internet di seluruh negara.
BERGANDING BAHU: Alex (dari kiri), Albern, Al-Ishsal, Noor Kamarul, Amar Huzaimi ketika majlis menandatangani antara TM dan Digi mengenai kolaboratif untuk menambah baik capaian Internet di seluruh negara.

SUBANG JAYA: Digi Te-lecommunications Sdn Bhd (Digi) dan TM GLOBAL, unit Global dan Borong bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) mencipta satu lagi kejayaan penting dalam industri telekomunikasi negara apabila kedua-dua syarikat berkolaboratif secara rasmi untuk meningkatkan capaian Internet di seluruh negara.

Kerjasama ini menandakan komitmen berterusan untuk menyokong Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh pihak kerajaan.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Naib Pre-siden Eksekutif TM GLOBAL, Amar Huzaimi Md Deris dan Ketua Strategi dan Transformasi Digi, Alex Foo.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Al-Ishsal Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Dato Noor Kamarul Annuar Nuruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif  Digi, Albern Murty.

Di bawah kolaboratif ini, TM GLOBAL dan Digi akan memanfaatkan kepakaran dan keupayaan masing-masing untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia melalui tiga perjanjian perniagaan utama.

Mengulas mengenai kola-boratif ini, Albern berkata, usaha sama industri berpe-ranan penting dalam memacu agenda negara untuk memberikan sumbangan yang lebih baik ke seluruh negara.

“Dalam matlamat kami bagi menghubungkan rakyat Malaysia kepada perkara yang menjadi keutamaan mereka, kami akan menjalin kerjasama secara lebih aktif bersama rakan-rakan strategik seperti TM untuk meningkatkan kualiti dan penawaran perkhidmatan yang membawa lebih banyak manfaat sosioekonomi untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.

Salah satu daripada perjanjian perniagaan tersebut adalah penggunaan Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM), sistem kabel dasar laut antara rantau yang dibangunkan secara bersama di bawah Usahasama Awam-Swasta (PPP) antara TM dan MCMC.

Sistem kabel itu menggunakan teknologi 100Gbps pada kapasiti permulaan sebanyak 4 terabit sesaat (Tbps) dan boleh ditingkatkan kepada minimum 12.8Tbps.

Melalui SKRM, TM GLOBAL akan memenuhi keperluan transmisi kapasiti Digi yang tinggi yang menjadikan Digi sebagai penyedia perkhidmatan utama untuk sistem kabel berkenaan ke Malaysia Timur.

Digi juga akan mengoptimumkan penggunaan lebih 7,000 hotspot TM di seluruh negara dengan menyediakan sambungan WiFi kepada orang ramai, melengkapkan keperluan pengguna terhadap akses Internet semasa berada di luar.

Inisiatif ini akan memanfaatkan penggunaan aset dan infrastruktur rangkaian sedia ada, yang menggambarkan sinergi antara pengendali tetap dan mudah alih  dalam menyampaikan penyelesaian tanpa wayar alternatif yang kos efektif untuk negara.

Advertisement