Anda di sini

BEBC mohon agar kumpit kayu aktiviti `barter trade' dibenarkan semula

Advertisement
 Loo bersama jawatankuasa BEBC Sandakan memohon kerajaan benarkan penggunaan kumpit kayu.
BARTER TRADE: Loo bersama jawatankuasa BEBC Sandakan memohon kerajaan benarkan penggunaan kumpit kayu.

SANDAKAN: Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Cawangan Sandakan memohon kepada Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan memohon agar penggunaan kumpit kayu dibenarkan semula dalam aktiviti perdagangan tukar barang atau `barter trade' di Sandakan.

Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Cawangan Sandakan, Dato' Sri Loo Yap Keong berkata syarat kebenaran penggunaan kumpit kayu hanya dibenarkan penggunaannya di Tawau dan Labuan.

Beliau berkata adalah wajar pihak kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan juga membenarkan semula penggunaan kumpit kayu ini di Sandakan.  

“Kemudahan dan kelonggaran syarat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan akan membantu ramai pihak dan pada masa yang sama dapat menjana ekonomi dan hasil negara yang mampan dan konsisten,” katanya.

Beliau berkata BEBCS juga memohon agar kerajaan dapat memberikan kelonggaran dan tempoh 2 tahun lagi kepada peniaga dari Zamboanga, Filipina untuk mereka mempersiapkan segala keperluan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan  Maritime Authority Of Philippines.

“Oleh itu, BEBC Sandakan juga memohon agar penggunaan kumpit kayu dibenarkan semula dan barangan export jangan dihadkan kepada keropok, maggie, biskut dan mee udang sahaja tetapi dibuka kepada semua jenis barangan am yang lain,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Loo menjelaskan aktiviti barter trade telah dihentikan aktivitinya sejak berlaku kes pencerobohan oleh penganas Filipina di Tandou, Lahad Datu pada 2012.

“Pembekuan perniagaan barter trade ini telah menimbulkan banyak masalah kepada perdagangan tradisi antara peniaga-peniaga Selatan Filipina dengan Sandakan Sabah.

“Antaranya,  barangan export amat terhad kepada barangan seperti keropok, biskut, maggie dan mee udang saja. Ini menyebabkan masalah kepada peniaga di Sandakan untuk memasarkan produk atau barangan mereka yang menyebabkan banyak peniaga gulung tikar dan mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata kumpit kayu tidak dibenarkan masuk ke Sandakan atas sebab tidak memenuhi syarat Non Conventional Ship (NCS) para peniagaan mengalami kerugian yang membantutkan perdagangan dua hala ekoran syarat yang ketat.

“Pengusaha kapal tidak dapat membeli kapal segera bagi mematuhi syarat itu. Sekurang-kurangan pihak kerajaan melonggarkan syarat serta memberi tempoh had dua tahun kepada pengusaha pengangkutan laut ini bagi membeli kapal baharu,” katanya.

Loo berkata ini telah membebankan peniaga dan pedagang Filipina dengan pelbagai jenis syarat percukaian, pelbagai bentuk perlesenan dan persijilan.

“Mengenai faktor keselamatan, kawalan keselamatan di barter trade juga amat ketat kerana pelbagai agensi keselamatan serta agensi kerajaan lain ditempatkan di barter trade. Ini tidak akan berlaku akiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata kebenaran bagi membenarkan barangan kawalan juga didagangkan di barter trade akan mengekang aktiviti penyeludupan barang kawalan ke negara itu.  

“BEBC Sandakan memohon kerjasama dan campur tangan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan seterusnya mempertimbangkan supaya perkhidmatan feri yang sedia ada dibuka dan diaktifkan semula bagi menjamin kesinambungan dan kelangsungan aktiviti perniagaan diantara kedua-dua negara jiran ini berkembang dan membuka banyak lagi peluang perniagaan lain dan pekerjaan kepada Bumiputera di Sandakan khasnya Negeri Sabah,” tegasnya.

Kelmarin, BEBC Sandakan juga telah memohon kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah mempermudahkan syarat perundangan kepada peniaga rentas sempadan antara negara jiran iaitu Sandakan, Sabah dan Zamboanga, Philippines.

Ini ekoran perkhidmatan feri MV. Antonia 1 dari Zamboanga ke Sandakan telah bermula sejak hampir setahun lalu telah dihentikan perkhidmatannya pada 27 Ogos lepas oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Laut Persekutuan Malaysia atas alasan feri tersebut tidak mematuhi dan memenuhi syarat Persijilan International Maritime Organization (IMO).

  • oleh
  • Advertisement