Anda di sini

3,000 jemaah doakan kesejahteraan TYT Sabah

Advertisement
 SOLAT SUNAT...Jaujan (kanan) bersama Shafie (tiga dari kanan) dan Tun Juhar menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid.
SOLAT SUNAT: Jaujan (kanan) bersama Shafie (tiga dari kanan) dan Tun Juhar menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid.

KOTA KINABALU:  Kira-kira 3,000 umat Islam di ibu negeri, malam tadi, menyertai majlis tahlil dan bacaan Yasin sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut menunaikan solat fardhu Maghrib diikuti solat fardhu Isyak yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Pada majlis itu, Suhaidi juga mempimpin bacaan Yasin dan tahlil manakala doa selamat pula dipimpin Mufti Kerajaan Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Mengiringi Tun Juhar serta Toh Puan Norlidah ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan tersebut.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusuf Yacob, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Hadir sama mengimarah dan mendoakan kesejahteraan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah sempena hari jadi rasmi itu ialah rombongan pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar sekolah agama di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement