Anda di sini

Tujuh terbunuh pesawat vintaj terhempas di AS

Advertisement
 Asap dilihat dari tapak sebuah pesawat vintaj terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley, Connecticut, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Bryan St. Amand/Reuters
TERHEMPAS: Asap dilihat dari tapak sebuah pesawat vintaj terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley, Connecticut, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Bryan St. Amand/Reuters

NEW YORK: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut apabila sebuah pesawat pengebom Perang Dunia Kedua yang membawa 13 penumpang dan kru terhempas di sebuah lapangan terbang di negeri Connecticut, timur laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin, media tempatan melaporkan.

Pesawat Boeing B-17, yang digunakan oleh Tentera Udara AS untuk menentang Jerman dan Jepun, terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley ketika ia cuba mendarat sekitar jam 10 pagi waktu tempatan.

Seramai 10 penumpang dan tiga kru menaiki pesawat terbabit, yang diusahakan oleh Collings Foundation, sebuah kumpulan yang menyediakan perkhidmatan untuk penggemar penerbangan yang sanggup memberi baya-ran untuk mengalami pesawat vintaj, kata pegawai.

James Rovella, seorang pegawai kecemasan bencana negeri Connecticut, mem-beritahu satu sidang akhbar bahawa kematian telah berlaku tetapi menambah ia masih terlalu awal untuk menyatakan jumlah sebenar.

“Mangsa yang melecur  sangat sukar untuk dikenali. Kami tidak mahu membuat kesilapan,” katanya.

Seorang pegawai penyelenggaraan yang bekerja di lapangan turut cedera, tambah Rovella.

Media tempatan kemudian memetik pegawai sebagai berkata nahas itu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencedera-kan sembilan lagi, termasuk tiga yang berada di lapangan pada waktu kejadian.

Sepuluh minit selepas pesawat berlepas pada jam 9.45 pagi, juruterbang meng-hubungi menara kawalan menerusi radio untuk memberitahu mereka sedang me-ngalami masalah, kata Kevin Dillon, pengarah lembaga lapangan terbang negeri.

“Kami dapat lihat bahawa mereka tidak dapat terbang tinggi. Apabila mereka mendarat, mereka ternyata hilang kawalan, melanggar kemudahan pencairan ais kami di sini selain sebuah kemudahan penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita.

Seorang jurucakap bagi Hospital Hartford, yang terletak 25 kilometer dari lapa-ngan terbang, memberitahu AFP bahawa hospital tersebut telah menerima enam pesakit, tiga dalam keadaan parah.

Ia tidak segera jelas apa punca nahas itu.

Menurut petikan perbualan kokpit yang dilaporkan oleh beberapa saluran berita, juruterbang telah meminta kebenaran daripada menara kawalan untuk mendarat se-gera kerana masalah enjin.

Gambar yang diedarkan dalam media sosial dan disiarkan oleh saluran media AS menunjukkan kepulan asap hitam tebal dari lokasi nahas.

Senator Connecticut Richard Blumenthal berkata pesawat terbabit merupakan satu daripada hanya 18 pesawat B-17 yang masih wujud di negara itu, dan nahas itu mungkin ada implikasi bagi penerbangan pesawat vintaj.

“Jika ada kerosakan atau penyelenggaraan tidak betul sebagai punca, ia adalah lampu sinar merah yang kuat bagi pihak lain yang menerbangkan pesawat ini,” katanya.

Lapangan terbang ber-kenaan ditutup selama beberapa jam sebelum ia dibuka semula kemudian. — AFP

Advertisement