Anda di sini

Sebabkan kematian, cubaan membunuh: Lelaki ketahui nasib 25 Oktober

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berasal dari Sarawak akan mengetahui nasibnya pada 25 Oktober, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan warga asing.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjadualkan semula tarikh itu terhadap Bujet Otek, 67, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan memfailkan hujah pada pagi semalam, oleh itu hujahan balas daripada pihak pembelaan ditetapkan pada 10 Oktober.  

Bujet  didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan kematian Juvinrey Sabado, 15.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 307 kanun sama, atas kesalahan melakukan perbuataan yang boleh menyebabkan kematian kepada adik perempuan Juvinrey yang berusia tiga tahun.

Untuk itu, tertuduh berhadapan dengan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada  25 Oktober 2017 jam 2.20 petang di Kampung Lubok, daerah Kiulu.

Sepanjang pendengaran kes dijalankan pada peringkat pendakwaan, seramai 18 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.

Peguam Dato' Sri Rakhir Singh mewakili Bujet.

-tamat.

  • oleh
  • Advertisement