Anda di sini

Joseph Lo dahului senarai penerima

Advertisement
JOSEPH - MARCEL
JOSEPH - MARCEL

KOTA KINABALU: Ahli Perniagaan Tan Sri Joseph Lo @ Lo Tain Foh mendahului 1, 423 senarai penerima darjah kebesaran, bintang serta pingat sempena Ulang  Tahun ke-66 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, diikuti mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk K.Y Mustafa dan tokoh politik Datuk Marcel Leiking @ Marshall.

SHURYANI
SHURYANI

Dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada Sabtu, isteri Ketua Menteri Datin Seri Shuryani Shuaib menerima anugerah darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, mereka yang turut menerima anugerah yang sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Loretto Padua JR, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masnah Matsalleh, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar William Baya, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Amarjit Singh, Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd Abdul Nasser Abdul Wahid, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) George Liew, dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mugutan Vanar.

MASNAH - AMARJIT
MASNAH - AMARJIT

Sementara itu, antara mereka yang menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) adalah Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Colin Nicholas Forsythe dan Fiona Andrew Siambun. 

Turut menerima anugerah yang sama ialah Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Murni Roslee, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Kolonel Al-Hambra Juhar.

Manakala, seramai 16 penerima Jaksa Pendamai (JP) yang terdiri daripada Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Penguam Besar Negeri Sabah Zaleha Rose Pandin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untong. 

MUGU - MUSTAFA
MUGU - MUSTAFA

Antara yang turut menerima anugerah JP ialah Datuk Armani Mahiruddin, Brenndon Keith Soh dan Tan Sri Brig Jen Liew Yun Fah.

Untuk rekod, seramai 1, 423 individu yang telah mencurahkan bakti kepada Kerajaan Negeri tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran negeri yang masing-masing menerima SPDK (tiga orang), PGDK (68 orang), ASDK (75 orang), Ahli Darjah Kinabalu  (271), Bintang Setia Kinabalu (BSK) 456 orang, Bintang Kinabalu (BK) 324 dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) 210 orang.

  • oleh
  • Advertisement