Anda di sini

Bekas polis AS tembak mati jiran kulit hitam kena penjara 10 tahun

Advertisement
GUYGER
GUYGER

WASHINGTON: Seorang bekas pegawai polis Texas dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun kelmarin kerana membunuh jirannya pada 2018 apabila wanita itu menembaknya selepas dia memasuki pangsapuri yang salah ketika tidak bertugas.

Juri di Dallas berkenaan dapat menjatuhkan hukuman penjara antara lima hingga 99 tahun terhadap Amber Guyger, 31, kerana membunuh Botham Jean, 26, yang bekerja untuk sebuah firma perakaunan.

Guyger, yang berkulit putih, mendakwa dia menyangka Jean, yang berkulit hitam, adalah penceroboh dalam pangsapurinya sendiri.

Hakikatnya, dia telah memasuki pangsapuri Jean yang tidak dikunci, terletak dalam bangunan sama tetapi satu tingkat di atas tingkat tertuduh.

“Juri telah mensabit Amber Guyger selama 10 tahun. Sudah tentulah ia tidak memadai,” kata peguam bagi keluarga Jean, Lee Merritt, dalam Twitter.

“Seluruh sistem keadilan tidak memadai dan usaha mesti diteruskan.”

Serangan itu dan apa yang berlaku selepas itu mencetuskan demonstrasi dan rayuan bagi keadilan di sebuah negara di mana anggota polis berkulit putih yang menembak orang berkulit gelap sering terlepas daripada hukuman.

Pada malam kejadian, Guyger masih memakai se-ragam polis setelah kerja syif hampir selama 14 jam.

Jean, yang tidak bersenjata, sedang duduk di atas bangku malas dalam pangsapurinya, yang bernombor 1478. Guyger tinggal dalam pangsapuri bernombor 1378.

Peguam Guyger memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah melakukan “kesilapan yang tragis” tetapi dia tidak “jahat”.

“Saya memohon peng-ampunan daripada Tuhan, dan saya membenci diri setiap hari,” kata Guyger sewaktu perbicaraan yang bermula pada September lepas.

Namun pendakwa berkata dia melepaskan beberapa peluang untuk menyedari bahawa dia berada di tingkat yang salah dan sepatutnya meng-hubungi anggota polis lain untuk bantuan.

Mereka telah meminta hukuman penjara selama 28 tahun.

Ahli juri diberi pilihan untuk mensabit Guyger bagi kesalahan yang lebih ringan iaitu membunuh tanpa niat, tetapi juri agung mendakwanya bagi tuduhan yang lebih serius iaitu membunuh dengan niat selepas tunjuk perasaan berlaku. — AFP

Advertisement