Anda di sini

Remaja Australia didakwa sengaja langgar, bunuh 20 kanggaru

Advertisement

SYDNEY: Seorang remaja di Australia telah didakwa berhubung kematian 20 kanggaru, yang dia didakwa langgar dengan traknya dalam pembunuhan yang memakan masa sejam.

Bangkai kanggaru tersebut, termasuk dua anak kanggaru, dijumpai bersepah di atas jalan-jalan di Pantai Tura, 450 kilometer ke selatan Sydney, pada pagi Ahad lepas.

Sekurang-kurangnya tiga anak kanggaru lain menjadi yatim disebabkan oleh serangan yang meresahkan itu, menurut kumpulan penye-lamat hidupan liar WIRES.

Polis semalam berkata remaja lelaki berusia 19 tahun itu sudah ditangkap dan didakwa atas kesalahan melakukan kekejaman kepada haiwan kelmarin.

Remaja itu didakwa melanggar dan membunuh haiwan marsupial itu dengan kenderaan utilitinya lewat Sabtu malam.

“Kami memandang insiden seperti ini dengan sa-ngat serius dan sesiapa yang menjalankan aktiviti seperti ini akan berdepan dengan hukuman sekeras-kerasnya di bawah undang-undang,” kata ketua inspektor Bega Valley, Peter Volf.

Walaupun melihat bangkai kanggaru di tepi jalan bukanlah sesuatu yang luar biasa di negeri New South Wales – di mana kira-kira 90 peratus nahas kereta di-sebabkan oleh perlanggaran dengan haiwan itu – skala dan sifat sengaja dalam insiden itu mengejutkan penduduk tempatan.  

“Ia adalah pemandangan yang sangat tidak menye-nangkan,” kata penduduk Rob Evans kepada BBC. “Polis melihat banyak perkara yang teruk, tetapi anda dapat lihat bahawa mereka juga terkejut.”

WIRES berkata insiden itu menarik perhatiannya apabila polis membawa seekor anak yatim kanggaru berusia enam bulan kepada salah seorang sukarelawannya pada jam 1.30 pagi Ahad.

Dua lagi berusia sekitar sembilan bulan dijumpai kemudian.

Kanggaru kelabu timur biasanya mula keluar dari kantung ibunya sekitar usia sembilan bulan, tetapi tidak berdikari sepenuhnya se-hingga ia mencapai usia 18 bulan. — AFP

Advertisement