Anda di sini

Ratusan mogok duduk di luar sekolah penunjuk perasaan ditembak polis HK

Advertisement

HONG KONG: Ratusan warga Hong Kong melancarkan mogok duduk semalam di luar sekolah seorang penunjuk perasaan remaja yang ditembak oleh polis pada Hari Kebangsaan China dalam peningkatan dramatik bagi pergolakan ganas yang sudah berbulan-bulan menyelubungi wilayah tersebut.

Hab kewangan antarabangsa itu terkial-kial ekoran kejadian tembakan itu, kali pertama seorang penunjuk perasaan terkena peluru hidup dalam protes prodemokrasi hampir empat bulan yang semakin ganas.

Hong Kong mengalami pertelingkahan politik paling lama pada tahun ini kelmarin ketika China meraikan pe-merintahan Parti Komunis selama 70 tahun dengan perarakan besar-besaran oleh angkatan tentera di Beijing.

Keganasan yang semakin buruk menggariskan kemarahan awam terhadap pemerintahan Beijing dan mengalih tumpuan daripada perayaan hari jadi China yang dirancang dengan teliti dan direka untuk mempamerkan statusnya sebagai kuasa besar dunia.

Rusuhan berlaku selama berjam-jam di beberapa lokasi apabila penunjuk pera-saan tegar melontar batu dan bom minyak. Polis membalas umumnya dengan gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air.

Dalam daerah Tsuen Wan, seorang pegawai polis melepaskan tembakan dengan senjata apinya dari jarak dekat ke dada Tsang Chi-kin, 18, ketika unitnya diserang oleh penunjuk perasaan yang bersenjatakan batang kayu dan payung.

Polis berkata pegawai itu bimbang mengenai nyawanya pada hari yang menyaksi-kan rakan-rakan sekerja melepaskan lima tembakan amaran dengan pistol mereka di merata-rata tempat di bandar raya itu.

“Dalam jangka waktu yang sangat singkat ini, dia membuat keputusan dan menembak penyerang,” kata ketua polis Stephen Lo.

Namun kumpulan protes berkata pegawai itu meluru ke dalam keadaan kacau-bilau dengan mengeluarkan senjata apinya, dan mengecam penggunaan peluru hidup yang semakin meningkat.

“HK sudah menjadi sebuah negeri polis yang hakiki,” tweet aktivis demokrasi Joshua Wong. “Pasukan keselamatan separa tentera mengambil alih bandar raya ini sepenuhnya.”

Kejadian tembakan itu dirakamkan oleh video yang tular dengan cepat.

Di luar sekolah Tsang semalam, pelajar melaungkan slogan dan menunjukkan gambar bagi insiden itu, yang diambil daripada video yang dipaparkan dalam Face-book.

“Tiada perusuh, hanya kezaliman,” laung mereka, selain slogan protes popular lain.

Tsang, yang dirakam cuba memukul pegawai terbabit dengan batang kayu ketika dia ditembak, dibawa ke sebuah hospital berdekatan dalam keadaan parah tetapi pihak berkuasa berkata ke-adaannya sudah bertambah baik sejak itu.

“Menurut maklumat ter-kini daripada Lembaga Hospital, keadaan lelaki itu sekarang adalah stabil,” kerajaan menyebut dalam satu kenya-taan.

Seorang kawan dan rakan sekelas Tsang, yang memperkenalkan diri sebagai Marco, berkata pelajar ber-usia 18 tahun itu merupakan seorang pemain bola keranjang yang berang mengenai kebebasan yang semakin berkurangan di Hong Kong selain tindak balas polis kepada tunjuk perasaan.

“Jika dia melihat sebarang masalah atau apa sahaja yang tidak adil, dia akan menghadapinya dengan berani, bersuara untuk membantahnya, dan tidak akan membiarkannya dengan senyap,” kata Marco kepada AFP.

Polis berkata 25 anggota polis cedera dalam pertelingkahan pada Hari Kebangsaan, termasuk beberapa anggota yang mengalami kelecuran kimia akibat cecair hakisan yang dilontar ke arah mereka oleh penunjuk perasaan.

Cecair itu turut mencedera-kan beberapa wartawan.

Pihak berkuasa hospital berkata lebih 70 orang dima-sukkan ke hospital kelmarin. Polis membuat kira-kira 160 tangkapan sepanjang hari.

Semalam, 96 penunjuk pe-rasaan yang ditangkap sewak-tu pertelingkahan dengan polis pada Ahad lepas telah dibawa ke mahkamah atas tuduhan merusuh, menurut dokumen mahkamah. Mereka berusia 4 hingga 39 tahun.

Majoriti adalah pelajar ber-usia awal 20-an tetapi pekerjaan lain yang disenaraikan termasuk pelayan, guru, doktor, eksekutif periklanan dan tukang masak.

Protes di Hong Kong dicetuskan oleh rancangan yang kini sudah dibatalkan untuk membenarkan ekstradisi ke tanah besar.

Namun selepas Beijing dan pemimpin tempatan mengeraskan pendirian, ia berkembang menjadi satu pergerakan lebih meluas untuk menuntut kebebasan demokratik dan akauntabiliti polis.

Dengan pemimpin Hong Kong Carrie Lam yang seakan-akan enggan atau tidak dapat mencari penyelesaian politik, polis terpaksa menangani penunjuk pera-saan yang semakin radikal.

Semua pihak mengeraskan sentimen.

Penunjuk perasaan dan beberapa penduduk tempatan secara rutin menjerit “kongsi gelap” ke arah anggota polis yang selalunya membalas dengan memanggil penunjuk perasaan “lipas”.

Tuntutan utama pergera-kan protes adalah inkuiri bebas terhadap tindakan polis, pengampunan am bagi mereka yang ditangkap, dan pengundian sejagat.

Namun Beijing dan Lam telah menyatakan mereka enggan memenuhi tuntutan tersebut. — AFP

Advertisement