Anda di sini

Miliki dadah: Lelaki warga asing dipenjara tujuh bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara selama tempoh tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki dadah seberat 12.26 gram.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Aidil Fitri Gadapi yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Semalam adalah untuk laporan pergigian mangsa bagi menentukan umur sebenar tertuduh dan dinyatakan tertuduh berusia 18 tahun ke atas.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan berkenaan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 15 November tahun lalu di kawasan sebuah rumah, Inanam di sini.

Mohd Aidil didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39A (1) akta sama.

Semasa rayuan, tertuduh meminta hukumannya diringankan dan dikira dari tarikh tangkap, namun pihak pendakwaan menegaskan hukuman setimpal harus dijatuhkan.

Mahkamah mengarahkan tempoh pemenjaraan tertuduh dikira dari tarikh tangkap, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement