Anda di sini

Seksual: Bomoh ketahui nasib hari ini 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang bomoh akan mengetahui nasibnya pada hari ini (2 Oktober) di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar berusia 11 tahun.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh itu terhadap Mahmuda Ba'dulu, 68, setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh akan mengetahui sama ada dipanggil membela diri atas tuduhan berkenaan, atau sebaliknya.

Mahmuda didakwa mencium dan meraba badan mangsa semasa memandikan dengan air jampi, pada 31 Ogos tahun lalu jam 2 petang di dalam bilik mandi sebuah rumah kampung, Kota Belud.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat.

Pada 1 November tahun lalu, tertuduh dihadapkan di mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan terbabit.

Sepanjang perbicaraan kes dijalankan pada peringkat pendakwaan, seramai tujuh saksi dipanggil untuk memberikan keterangan ke atasnya.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh  yang tidak diwakili peguam kerana tidak memiliki dokumen diri yang sah.

Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement