Anda di sini

Lima didenda kerana gagal bersihkan kawasan premis

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Lima individu dikenakan denda dan perintah kehadiran wajib oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas kesalahan tidak membersihkan kawasan persekitaran premis.

Hakim Elsie Primus membuat keputusan itu terhadap tiga wanita dan dua lelaki selepas masing-masing mengaku salah mengikut Undang-Undang Kecil 6 Anti Sampah Sarap 1984.

Sitti Taiba Bassuh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama tempoh satu bulan.

Sementara Ferensi Feron Dansi, Laylie Tony, Noarlizza Awang dan Aeron Ronie dikenakan perintah kehadiran wajib selama satu bulan empat jam sehari.

Mereka didapati gagal membersihkan kawasan masing-masing, pada 14 September antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di sebuah premis, bersebelahan hotel di kawasan bandaraya di sini.

Semasa rayuan, mereka yang berusia antara 19 tahun hingga 40 tahun memohon hukuman mereka diringankan.

Namun Pegawai Pendakwa Latizah Latip dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meminta hukuman setimpal dikenakan ke atas setiap individu.

Latizah turut dibantu Hambalie Jami.

  • oleh
  • Advertisement