Anda di sini

Album kedua kumpulan K-pop, TXT dilancarkan bulan ini 

 
Kumpulan TXT bakal lancar album penuh pertama bulan ini - Sumber gambar: Twitter TXT Worldwide

SEOUL: Kumpulan K-pop Tomorrow X Together, lebih dikenali TXT, bakal melancarkan album penuh pertama mereka bulan ini, memetik agensi pengurusan kumpulan itu pada Rabu.

Bertajuk "The Dream Chapter: Magic," ia akan mula dipasarkan pada 21 Oktober dan merupakan album kedua selepas yang pertama "The Dream Chapter: Star" pada Mac, lapor agensi berita Yonhap.

Album pertama TXT turut tersenarai dalam Billboard 200.

Majlis pelancaran album kedua akan diadakan di tapak penstriman muzik pada 6 petang, 21 Oktober. - Bernama