Anda di sini

Stesen kereta api berkelajuan tinggi terbakar, lima cedera di Arab Saudi

Advertisement
 Kenderaan bergerak melalui kepulan asap tebal dari stesen kereta api berkelajuan tinggi Haramain di bandar Jeddah barat Arab Saudi kelmarin, selepas api mula merebak di stesen tersebut. — Gambar AFP
TERBAKAR: Kenderaan bergerak melalui kepulan asap tebal dari stesen kereta api berkelajuan tinggi Haramain di bandar Jeddah barat Arab Saudi kelmarin, selepas api mula merebak di stesen tersebut. — Gambar AFP

RIYADH: Lima orang tercedera dalam satu kebakaran di sebuah stesen kereta api berkelajuan tinggi baharu di bandar Jeddah di barat Arab Saudi kelmarin, lapor televisyen negeri, dengan kepulan asap besar kelihatan naik ke udara.

Stesen itu bertindak sebagai sistem Landasan Berkelajuan Tinggi Haramain yang utama. Laluan dibuka kepada orang awam pada Oktober tahun lepas, mengambil penumpang di antara Mekah dan Madinah, kawasan paling suci dalam agama Islam.

“Lima orang mengalami kecederaan ringan disebabkan kebakaran telah dibawa ke hospital,” lapor televisyen negara Al-Ekhbariya.

Direktorat Agung bagi Pertahanan Awam Arab menyatakan dalam satu kenyataan awal Twitter bahawa ia sedang berusaha untuk memadamkan api.

Dalam satu siri kenyataan Twitter, pihak direktorat kesihatan di Jeddah menasihatkan penduduk agar ‘menjauhi kawasan berasap sejauh mungkin’.

Ia turut menasihatkan mereka agar “memakai topeng muka ketika meninggalkan rumah” bagi melindungi daripada asap dan debu.”

Sebuah video yang dimuat naikkan di dalam Twitter oleh kerajaan wilayah Mekah menunjukkan kepulan asap kelabu naik dari apa yang kelihatan seperti di dalam kompleks itu.

Kebakaran berlaku pada jam 12:35 petang waktu tempatan, menurut kepada akaun Twitter milik Haramain High Speed Rail.Pihak syarikat kemudian menyatakan ia telah menangguhkan semua perjalanan buat sementara waktu.

“Bagi kepenting keselamatan pelancong, perjalanan di atas landasan berkelajuan tinggi akan ditangguhkan sehingga notis selanjutnya,” jelasnya.

Landasan kereta api sepanjang 450 kilometer melalui pelabuhan Jeddah di Laut Merah, membawa penumpang pada kelajuan sehingga lebih 300 kilometer sejam.

 Raja Salman merasmikan landasan kereta api itu pasa September 2018. Pihak berkuasa menyatakan ia sebagai projek pengangkutan paling besar di wilayah.

Pada 2011, kerajaan telah menandatangani satu perjanjian bagi sebuah konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api, membekalkan 35 buah kereta api berkelajuan tinggi dan menguruskan satu kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun.

Arab Saudi sedang mempertingkatkan perbelanjaan infrastruktur dan memperluaskan landasan kereta apinya – termasuk sebuah sistem metro bernilai $22.5 bilion sedang dalam pembinaan di bandar utama Riyadh – ketika ia cuba untuk mempelbagaikan ekonominya yang bergantung kepada minyak. — AFP

Advertisement