Anda di sini

Dua maut, kem pelarian terbakar

Advertisement
 Seorang lelaki membawa kanak-kanak lelaki semasa petempuran dengan polis di luar kem pelarian Moria di pulau Lesbos Greece, kelmarin. — Gambar AFP
SELAMATKAN DIRI: Seorang lelaki membawa kanak-kanak lelaki semasa petempuran dengan polis di luar kem pelarian Moria di pulau Lesbos Greece, kelmarin. — Gambar AFP

MORIA: Sekurang-kurangnya dua orang pendatang meninggal dunia Ahad lepas dalam satu kebakaran di sebuah kem pelarian di pulau Greece, menurut satu laporan, dengan kebakaran mengakibatkan rusuhan oleh penduduk yang berang.

Selepas kebakaran dipadamkan, pihak polis menembak gas pemedih mata bagi mengawal sekumpulan orang ramai yang marah kerana anggota bomba lewat tiba di kem Moira di pulau Lesbos, menurut seorang koresponden AFP.

Beberapa orang pegawai tambahan telah dihantar dari Athens dengan pesawat tentera C-130 dalam satu usaha untuk mengawal keadaan.

 Athens News Agency, memetik sumber polis, melaporkan bahawa seorang wanita dan seorang kanak-kanak telah meninggal dunia dalam kebakaran.

Seorang saksi pendatang Afghan, bagaimanapun, memberitahu AFP seorang wanita dan dua orang kanak-kanak telah meninggal dunia, menceritakan bagaiaman kebakaran merebak  sehingga enam atau tujuh buah kontena yang digunakan bagi menempatkan penduduk.

“Kami menemui dua orang kanak-kanak yang rentung sepenuhnya dan seorang wanita meninggal dunia. Kami memberikan kanak-kanak yang dibaluti dengan selimut kepada anggota bomba,” menurut Fedouz, 15 tahun.

Timbalan menteri bagi Perlindungan Rakyat, Lefteris Economou, bersama dengan Ketua Polis dan Setiausaha Agung bagi Polisi Migrasi, sedang menuju ke arah Lesbos.

Pendatang menyatakan mereka berasa marah dengan masa yang diambil oleh pihak bomba untuk tiba, mendakwa bahawa satu penangguhan yang lama telah membawa kepada kematian.

Dalam satu kenyataan, pihak polis menyatakan rusuhan berlaku selepas dua kebakaran berasingan meletus, yang pertama di luar dan kemudian di dalam kem Moria dengan satu jarak masa hanya 20 minit.

Kem tersebut sebelum ini menempatkan kira-kira 13,000 orang namun kini menempatkan hanya 3,000 orang sahaja.

Ia telah menjadi seperti sebuah pekan kecil dengan khemah agensi pelarian PBB bagi kira-kira 8,000 orang terdapat di sekitar ladang zaitun di kampung Moira yang berdekatan. Mereka yang lain ditempatkan di dalam kontena.

Greece sedang menerima kira-kira 70,000 orang yang kebanyakannya pelarian dan pendatang dari Syria yang telah meninggalkan negara mereka sejak 2015, dan menyeberangi dari negara jiran Turki.

Di bawah satu perjanjian yang dicapai dengan Kesatuan Eropah pada 2016, Turki telah membuat usaha yang lebih besar untuk menghadkan pelepasan ke lima buah pulau Greece yang paling hampir dengan pantainya.

Namun jumlah ketibaan telah meningkat dengan berterusan sejak beberapa bulan menyebabkan satu beban berbahaya dalam kem di pulau yang merupakan bahagian hadapan bagi kemasukan pendatang. — AFP

Advertisement