Anda di sini

Cubaan rogol pelajar: Bekas pengawal keselamatan diarah bela diri

Advertisement
 Arshad (tengah) bersama peguamnya Mohd Al-Hafidz (kanan) dan Mohd Luqman (kiri).
BELA DIRI: Arshad (tengah) bersama peguamnya Mohd Al-Hafidz (kanan) dan Mohd Luqman (kiri).

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan diarah membela dirinya oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan cuba merogol seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Hakim Elsie Primus membuat keputusan itu terhadap Arshad Masdin, 26, yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(a) Kanun Keseksaan dibaca  bersama Seksyem 511 Kanun sama.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kes prima facie dapat dibuktikan, yang mana semalam adalah untuk keputusan pada peringkat akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menanggalkan baju mangsa yang berusia 18 tahun secara paksa, pada 15 Julai tahun lalu jam 12.30 tengah malam, di dalam bilik asrama, institusi pengajian tinggi berkenaan, di sini.

Tertuduh yang diwakili peguam Shahlan Jufri mula didakwa pada 25 Julai tahun lalu dan mengaku tidak bersalah.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Sepanjang perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip dan Mas Izatty Lokam memanggil 22 saksi untuk memberikan keterangan.

Peguam Mohd Luqman Syazman Zabidi dan Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan tarikh bela diri pada 25 Oktober terhadap tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement