Anda di sini

Kanak-kanak 6 tahun dilaporkan hilang di Bintulu

Advertisement

KEMAS KINI

BINTULU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya, ketika berada di rumah mereka di Sungai Kemena, Kampung Baru dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, kehilangan Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah disedari ibu kandungnya pada pukul 3.30 pagi 28 Sept lepas dengan kali terakhir mangsa dilihat di dalam rumah pada hari yang sama pada pukul 2 pagi.

“Ibu kandung kanak-kanak tersebut mengesyaki mangsa yang berumur enam tahun, ketinggian 120cm, berat 18kg, berkulit cerah serta rambut lurus paras bahu terjatuh ke sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menyatakan kali terakhir mangsa dilihat memakai baju t warna ungu dan seluar pendek warna merah.

Zulkipli berkata, operasi mencari serta menyelamat telah dijalankan oleh polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Bintulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Bomba dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-331121.

Kehilangan mangsa turut dimaklumkan menerusi sistem amaran National Urgent Response (Nur) Alert yang turut disertakan dengan gambar mangsa serta nombor talian telefon bimbit 0196369984 (Insp Diana) untuk dihubungi jika ada sebarang maklumat. - Bernama 

  • oleh
  • Advertisement