Anda di sini

AirAsia terima Anugerah Emas pada Anugerah Jenama Putra 2019

Advertisement
 Rudy (tengah) bersama kru penerbangan tambang murah, AirAsia menunjukkan Anugerah Emas kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan pada Anugerah Jenama Putra 2019 di ibu negara kelmarin.
KERJASAMA PADU: Rudy (tengah) bersama kru penerbangan tambang murah, AirAsia menunjukkan Anugerah Emas kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan pada Anugerah Jenama Putra 2019 di ibu negara kelmarin.

KUCHING: AirAsia mendapat Anugerah Emas dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan di Anugerah Jenama Putra 2019 kelmarin.

Sekali gus, mengekalkan kedudukannya sebagai jenama syarikat penerbangan pilihan ramai rakyat Malaysia selama sedekad.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia, Rudy Khaw pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami atas undian mereka.

“Pihak kami amat berbesar hati kerana jenama AirAsia terus menjadi pilihan semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila kami kini ke arah menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan dan gaya hidup.

“Anugerah ini ditujukan kepada semua yang menyokong kami, dan kepada Allstars yang bekerja keras membangunkan AirAsia sehingga ia menjadi jenama terunggul seperti hari ini,” kata Rudy di dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Anugerah Jenama Putra, yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), merupakan sebuah anugerah jenama berprestij di Malaysia yang menentukan pilihan pengguna.

Ia melibatkan proses komprehensif dengan kerjasama rakan penyelidikan global Ipsos, sebuah agensi penyelidikan global terkemuka yang terdiri daripada lebih 16,000 kakitangan di 88 negara.

Sejumlah 23 kategori telah dipertandingkan pada tahun ini dengan maklum balas dari seluruh Malaysia, memberikan pandangan dan pilihan tentang kesedaran, keinginan, kepercayaan dan sokongan terhadap jenama-jenama dalam pelbagai kategori.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Advertisement