Anda di sini

Wanita Iran langgar sekatan AS dibebaskan dari penjara

Advertisement
GHODSKANI
GHODSKANI

WASHINGTON: Seorang wanita Iran dijatuhkan hukuman di Amerika Syarikat (AS) kerana melanggar sekatan terhadap Tehran telah dibebaskan dan kembali ke tanah air, peguamnya memberitahu AFP kelmarin, selepas cubaan gagal oleh negaranya  dalam satu pertukaran penjara.

Seorang hakim di Minneapolis menjatuhkan hukuman penjara selama 27 bulan terhadap Negar Ghodskani pada Selasa lepas, namun menjelaskan tempoh masa yang dia telah jalani ketika dalam tahanan di Australia dan AS adalah mencukupi bagi menamatkan hukumannya.

Ghodskani “sekarang bebas di Iran bersama dengan keluarganya,” peguamnya Robert Richman menyatakan dalam satu e-mel.

Seorang penduduk Australia yang sah, Ghodskani telah ditangkap di Adelaide pada 2017 selepas pendakwa raya AS menyatakan dia mendapatkan teknologi komunikasi digital AS dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat Malaysia.

Pihak pendakwa raya AS menyatakan dia sebaliknya telah menghantar teknologi  tersebut kepada syarikat Fanamoj milik Iran, yang bertugas dalam penyiaran awam.

Selepas ekstradisi ke AS, dia mengaku terlibat dalam satu konspirasi untuk mengeks-port teknologi secara haram ke Iran yang melanggar sekatan, menurut Jabatan Kehakiman AS.

Sedang sarat mengan-dung ketika ditangkap, dia kemudian melahirkan anak ketika berada dalam tahanan di Australia.

Anak lelakinya telah dihantar ke Iran untuk tinggal bersama dengan bapanya.

Kesnya telah dibangkit-kan oleh Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada April, yang mengemukakan satu pertukaran tahanan yang berpotensi bagi seorang ibu British-Iran yang ditahan di Tehran.

Beliau mencadangkan pertukaran Ghodskani dengan Nazanin Zaghari-Ratcliffe,  yang dipenjarakan di Tehran bagi kesalahan hasutan.

Kedua-dua wanita itu telah dipisahkan daripada anak-anak mereka yang masih kecil ketika berada dalam tahanan. — AFP

Advertisement