Anda di sini

IUC wakil Malaysia ketengah muzik kontemporari Sabahan

Advertisement
 IN Unity Charole memakai baju tradisi sekaligus mengetengahkan budaya Sabah di peringkat antarabangsa.
BUDAYA SABAH: In Unity Charole memakai baju tradisi sekaligus mengetengahkan budaya Sabah di peringkat antarabangsa.

USAHA In Unity Charole (IUC) dalam mengetengahkan muzik kontemporari Sabah sekali lagi akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi Festival Seni dan Budaya, Budayaw BIMP-EAGA di Sarawak bermula 18 sehingga 24 November depan.

Seramai 26 ahli IUC bakal bertanding yang diketuai oleh Adsone Matthew Mitty Gabu, pensyarah muzik di Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sumbangan IUC dalam industri muzik Sabah tidak pernah luntur meskipun cabaran demi cabaran dilalui mereka.

Kegiatan mereka dalam persatuan muzik ini dijadikan hobi dan diharap kewujudan mereka dapat membantu dalam pembangunan seni muzik Sabahan.

Berpusat di Kota Kinabalu, ahli IUC terdiri daripada pelbagai profesion seperti pelajar, jururawat, guru, pensyarah, pegawai eksekutif, polis, pekerja penyelengaraan dan perunding kecantikan. bermula 2011.

Bergiat secara aktif dalam penyampaian lagu-lagu rohani, IUC yang dianggotai komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kecintaan tinggi terhadap bidang muzik, bidang nyanyian dan seni persembahan, IUC telah menerima pengiktirafan sehingga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di mana, paduan suara professional ini telah terlibat secara langsung dalam persembahan perasmian Sambutan Krismas Kebangsaan Sabah State Unity and Diversity, Anugerah Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Awards), Konsert Koir Peringkat Sabah, Krismas Karoling dan Pertandingan Muzik Tradisional Peringkat Sabah 2017, Sambutan Kaamatan Negeri Sabah dan pernah mewakili Malaysia ke Filipina untuk Budayaw BIMP-EAGA, Festival Seni dan Budaya (Rising Voices).

Ditubuhkan secara rasmi pada 2000, IUC dahulunya dikenali sebagai ‘In Unity’ sahaja yang awalnya dibentuk oleh pelajar Sekolah Menengah Adventist Sabah (SASS) bermula dengan 16 ahli pada tahun tersebut dan berkembang lebih kepada 160 alumni yang terdiri daripada pelajar semasa, bekas pelajar SASS serta individu koir dari gereja lain.

Gabungan pendekatan melalui ilmu pengetahuan sedia ada dalam bidang muzik dengan mengutamakan konsep dan elemen perasaan yang mendalam dalam mempersembahkan nyanyian mampu untuk mengembang lagi spektrum artistik setiap ahli.  

Selain itu, IUC juga aktif dalam membuat bengkel suara dan koir, 32 ahli yang masih aktif sentiasa berusaha untuk terus maju dan mengharumkan nama kumpulan koir ini dipersada seni.

Ahli yang datang dari pelusuk Sabah termasuk Tamparuli, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Sandakan dan Tawau ini menjalani latihan empat kali seminggu.

IUC mempersembahkan dan menawarkan pelbagai jenis persembahan nyanyian dalam pelbagai rentak dan irama muzik termasuk lagu tradisional Sabahan yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dan pernah menyertai beberapa artis Malaysia serta pencipta lagu terkemuka dari rantau Sabah dalam persembahan yang dianjurkan.

Adsone selaku peneraju IUC mempunyai misi tersendiri dalam mempamer budaya Sabah serta melestarikan program koir dalam masyarakat.

Selain dapat meningkatkan motivasi, secara tidak langsung ianya dapat mengisi lapang dan mengeratkan hubungan sesama ahli koir.

“Saya akui pelbagai rintangan yang dilalui dalam mengendalikan kumpulan koir sebesar ini pada masa yang sama beliau cuba untuk mengasah bakat ahli yang mempunyai kesungguhan untuk mempelajari ilmu muzik sekaligus mengembangkan bakat mereka dalam industri seni tempatan.

Dalam jangka masa sepuluh tahun akan datang, IUC memasang impian untuk menganjurkan Konsert sendiri di peringkat negeri, dalam negara mahupun peringkat antarabangsa kelak,” katanya.

Untuk mengikuti perkembangan semasa IUC boleh mengikuti di laman rasmi Facebook - In Unity Charole dan Instagram - inunitycharole.

Advertisement