Anda di sini

Bilangan kematian akibat penyakit dikaitkan dengan vape di AS cecah 12

Advertisement
 Gambar ilustrasi menunjukkan seorang lelaki menggunakan vape. — Gambar Reuters
RISIKO VAPE: Gambar ilustrasi menunjukkan seorang lelaki menggunakan vape. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Dua belas orang di Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia akibat penyakit yang dikaitkan dengan ‘vape’, kata beberapa pegawai kesihatan kelmarin, melaporkan 805 kes kecederaan paru-paru dikaitkan dengan peng-gunaan ‘e-cigarette’.

Angka terbaharu itu dilaporkan oleh Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), yang me-nyatakan bahan tertentu telah menyebabkan penyakit yang masih belum dapat dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit telah melaporkan sejarah penggunaan produk e-rokok yang mengandungi THC, bahan psikoaktif utama dalam ganja.

Kemunculan kes penyakit pulmonari dikatakan adalah berkaitan dengan kartrij isi semula vape yang dibeli dari pasaran gelap.

CDC berkata 12 kemati-an itu berlaku di 10 ne-geri, dari California hingga Florida, sementara 805 kes yang disahkan dan kemungkinan kecederaan paru-paru berkaitan dengan vape telah dilaporkan oleh 46 negeri dan Virgin Islands AS.

Kematian pertama dilaporkan pada Ogos.

Para eksekutif dalam industri tembakau sedang berusaha untuk mengatasi apa yang mereka lihat sebagai pengharaman mendadak oleh kerajaan yang bimbang dan menyasarkan produk yang dilihat sebagai masa depan industri tersebut.

Sepanjang tiga minggu lepas, India dan negeri Massachusetts di AS telah mengharamkan penjualan e-rokok.

Dua negeri lain – New York dan Michigan – telah mengharamkan e-rokok yang mempunyai pelbagai perisa.

Pentadbiran Presiden AS Donald Trump mahu mengharamkan semua kecuali produk berperisa tembakau bermula Oktober ini. — AFP

Advertisement