Anda di sini

Sebangga Auto lancar Subaru Forester baharu

Advertisement
 Pelanggan di Sabah kini boleh menempah Subaru Forester yang dikeluarkan dalam tiga varian.
CANGGIH: Pelanggan di Sabah kini boleh menempah Subaru Forester yang dikeluarkan dalam tiga varian.

PENAMPANG: Satu-satunya pengedar tunggal Subaru di Sabah, Sebangga Auto Sdn Bhd melancarkan pemenang anugerah kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester baharu.

Generasi kelima Subaru Forester itu dilancarkan kelmarin di Subaru 4S Centre yang baru dibuka di Bangunan HM Jalan Penampang Lama di sini.

Pengerusi Sebangga Auto Datuk Arif Ambrose Ng menyempurnakan majlis pelancaran berkenaan yang turut dihadiri Pengurus Subaru Malaysia Eugene Tay.

Arif berkata, Subaru Fo-rester berkenaan dilancarkan dalam tiga varian iaitu Subaru Forester 2.0i-L, Subaru Fo-rester 2.0i-S dan Subaru Forester 2.0i-S EyeSight.

Katanya, ketiga-tiga va-rian itu kini boleh ditempah pada harga RM142,352 bagi Subaru Forester 2.0i-L; RM152,352 bagi Subaru Forester 2.0i-S dan RM162,352 untuk Subaru Forester 2.0i-S EyeSight.

Menurutnya, sempena pelancaran itu, pelanggan Subaru Forester ditawarkan dengan perlindungan waranti selama lima tahun atau RM100,000km.

Katanya, tawaran waranti itu terpakai untuk semua Subaru Forester generasi kelima yang dijual oleh TC Subaru Sdn Bhd dan pen-gedar sah di seluruh Malaysia mengikut terma serta syarat yang ditetapkan.

“Subaru Forester baharu yang dijual di negara ini adalah model pemasangan di Thailand oleh Subaru Automotif Tan Chong (Thailand) Limited (TCSAT).

“Bagaimanapun, piawaian pengeluaran dan pempro-sesan di Thailand sebenarnya memenuhi tahap pemasangan sama seperti di Jepun. Jus-teru, pelanggan tidak perlu risau dengan tahap kualitinya,” katanya.

Beliau berkata, SUV baharu itu juga dilengkapi dengan teknologi terkini termasuklah ‘Eyesight Driver Assist’ iaitu ciri keselamatan termaju yang ada pada model Subaru.

Selain itu, katanya, teknologi berkenaan meliputi brek pra-pelanggaran, pengendali-an pendidik pra-pelanggaran, amaran keluar lorong, amaran tersasar lorong, adaptasi kawalan luncur (ACC), dan juga amaran kenderaan di hadapan.

Dalam pada itu, jelasnya, Sebangga Auto Sdn Bhd akan mengadakan jelajah selama tiga hari di Imago Kota Kinabalu bermula 27 hingga 29 September 2019.

  • oleh
  • Advertisement