JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.8 skala Richter menggoncang kepulauan Maluku, Indonesia, pada pukul 6.46 pagi waktu Indonesia Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berpusat di 40km timur laut Ambon-Maluku di kedalaman 10km dan tidak mencetuskan tsunami.
Tiga gempa susulan bermagnitud 3.2 hingga 5.6 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga pukul 11 pagi ini.
Berdasarkan gambar yang dikongsi Badan Nasioanl Pengurusan Bencana ( BNPB), beberapa bangunan dan rumah di kota Ambon, dan kabupaten Maluku Tengah, rosak teruk.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama